Catatan ini dipetik daripada akhbar Berita Harian bertarikh 12/12/12 slot Sastera:Mewah Bahasa - oleh Prof Madya Dr.Nor Hisham Osman.
Bob : Eh! Mir, kau tau tak?
Amir : Apa?
Bob : Berita terkini...
Amir : Kau tak bagi tau, macamana aku nak tau!
Bob : Pasal Zahid...
Amir : Zahid? Kenapa dia? Sakit ke?
Bob : Tak!..bukan sakit, tapi berhenti kerja!
Amir : Kena berhenti kerja? Kes apa? Kena tatatertib ke? Eh, aku tengok dia tu baik je, dedikasi,
intergriti, tak ponteng, bekerjasama! Kenapa boleh sampai kena pecat?
Bob : Bukan kena pecat, dia berhenti...
Amir : Isyhh!! Sayangnya! Kenapa berhenti? Bukan senang dapat kerja kerajaan sekarang ni.
Bob : Sebab kerja kerajaan le dia kena berhenti.
Amir : Hah?
Bob : Masuk politik, dia nak bertanding dalam pilihan raya ni nanti.
Amir : Nak bertanding?
Bob : Ha'ah! Tu la yang kena letak jawatan. kakitangan kerajaan pengurusan dan profesional tak
boleh masuk calon.
Amir : Ooo..nak jadi calon, dia memang tanjak pun!
Bob : Tanjak?
Amir : Aaa...aku selalu juga dengar dia berucap, memang tanjak! Selama hari ni pun dia memang
suka buat kerja kebajikan dan masuk macam-macam persatuan. Rupa-rupanya politik pun
dia aktif. Sesuai sangat tu, ada tanjak!
Bob : Ye, ke? Tapi tak pernah pulak aku tengok...
Amir : Tak pernah tengok?
Bob : Ha'ah...tak pernah tengok.
Amir : Tengok apa?
Bob : Tanjaklah! Tak pernah aku tengok dia pakai tanjak. Cuma sekali aje dulu semasa dia
bersanding. Tapi dah lama la...
Amir : Memanglah! memang dia tak pakai tanjak. Orang sekarang mana ada pakai tanjak
hari-hari, kecuali masa bersanding.
Bob : Eh, tadi kau yang cakap dia pakai tanjak masa beri ucapan!
Amir : Bila pulak aku ada cakap macam tu? Aku cakap tadi dia ada tanjak...
Bob : Hah, betul la tu, kau kata ada tanjak! Tapi aku tak pernah tengok dia pakai.
Amir : Laa...bukan tanjak yang tu. Bukan yang pakai atas kepala tu...
Bob : Tanjak apa pula lagi?
Amir : Ada ketokohan, ada gaya untuk jadi YB...tu le namanya ada tanjak.
Bob : Ooo...tu tanjak juga ke? Yang aku tau, tanjak ni yang pakai atas kepala tu aje. Hehehee...
Glosari : TANJAK - destar, tengkolok, ada ketokohan, cocok, padan, sesuai.
Khamis, 13 Disember 2012
Selasa, 11 Disember 2012
Isnin, 3 Disember 2012
MENJULANG BAHASA MELAYU, MEMARTABATKAN BANGSA
Program Pembudayaan Bahasa mampu memperkasa jati diri
“Penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bersama-sama dengan bahasa
etnik seperti Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar sampingan
dipercayai dan diyakini dapat membentuk 1Semangat Kebangsaan dan 1Jati
Diri Nasional, yang lebih menyeluruh sifatnya dalam kalangan rakyat
Malaysia”
“Bahasa lambang negara, bahasa budaya kita, bahasa kebanggaan bangsa, buktikan taat setia…”
Demikian
antara bait lagu yang jelas menggambarkan bahawa bahasa Melayu yang
merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara adalah lambang jati
diri setiap rakyat yang mengaku sebagai Anak Malaysia. Menerusi bahasa
Melayu perpaduan antara kaum dapat dicapai dan perkara ini telah
dibuktikan setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Dalam
erti kata lain, bahasa adalah satu-satunya entiti yang boleh digunakan
untuk mencapai pelbagai tujuan dan antaranya bahasa boleh dijadikan
wahana mengungkapkan sesuatu kebudayaan, penanda identiti sesebuah
kelompok etnik dan kuasa untuk penyatuan politik sesebuah negara. Apatah
lagi, negara Malaysia dikongsi bersama oleh masyarakat majmuk yang
mempunyai bahasa dan budayanya yang tersendiri.
Namun,
kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran baru-baru ini yang mengatakan bahawa bahasa Melayu
kian terpinggir di bumi sendiri kerana sikap malu dan rendah diri
masyarakat untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu nyata menimbulkan
polemik baharu.
Polemik
terbaharu ini seolah-olah menggambarkan bahawa bahasa Melayu tidak ada
kelas, bukan bahasa yang maju seperti bahasa Inggeris dan tidak boleh
diangkat ke peringkat global. Kempen “Cintai Bahasa Kita”, “Bahasa Jiwa
Bangsa”, “Bahasa Menunjukkan Bangsa” dan seumpamanya yang diadakan oleh
kerajaan seperti tidak membawa sebarang impak yang diingini.
Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Tuan Zubaidi Abas ketika
diminta mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bukan
orang Melayu atau masyarakat negara ini malu untuk bertutur bahasa
Melayu tetapi mereka malu apabila dilihat tidak pandai berbahasa
Inggeris. Ini kerana, mereka mahu dilihat sebagai orang bandar, moden
dan terpelajar.
Tambah
beliau, mengenai cadangan Muhyiddin untuk menganjurkan semua majlis
rasmi negara di semua peringkat dalam bahasa Melayu boleh dilakukan
tetapi tidak tercatat dalam Perlembagaan negara ini. Keadaan ini berbeza
dengan negara Indonesia yang mewajibkan Presidennya bertutur dalam
Bahasa Indonesia tidak kira di mana beliau berada.
Justeru,
menyedari akan pentingnya mengangkat bahasa Melayu di mata dunia, maka
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengadakan Program
Pembudayaan Bahasa yang dilancarkan baharu-baharu ini. Program ini yang
antara lainnya bertujuan memastikan tahap penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa negara berlaku dalam kuantiti yang banyak dan kualiti
yang baik tidak kira dalam sektor awam mahupun swasta dilihat sebagai
satu langkah tepat dan kena pada masanya.
Bagi
Zubaidi pula, usaha mengangkat bahasa Melayu ini adalah murni tetapi
kejayaan langkah ini bergantung kepada iltizam politik iaitu harus
disusuli dengan tindakan yang jitu dan bukan sekadar cakap kosong
sahaja.
Sumber : Berita Harian & Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahad, 2 Disember 2012
Kesilapan Penggunaan Kata Hubung
Kekeliruan penggunaan kata hubung 'tetapi' dan 'malahan'
Kata hubung 'tetapi' digunakan untuk membandingkan dua keadaan bertentang sifat.
Kata Hubung 'malahan' untuk membandingkan dua keadaan yang setara sifatnya.
Contoh ayat yang salah dan betul :
i) Jutawan itu kaya malahan kedekut ( salah )
ii) Jutawan itu kaya tetapi kedekut.
i) Zaif bukan sahaja baik tetapi pintar. ( salah )
ii) Zaif bukan sahaja baik malahan pintar.
Selasa, 23 Oktober 2012
Penggunaan CD interaktif Bahasa Melayu. Akibat daripada kekurangan komputer, guru terpaksa membuat sistem stesen/ giliran serta berkumpulan. Kelemahannya, ada dalam kalangan murid yang tidak dapat menggunakan komputer dan hanya membantu rakan menjawab soalan interaktif. Di stesen lain, murid menjalani aktiviti dengan menyiapkan lembaran kerja.
Sabtu, 20 Oktober 2012
Kata Banyak Makna
Soalan 21-22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21. I. Jangan bermain di kawasan lapang ketika hujan lebat.
II. Biliknya menjadi lapang setelah almari besar itu dikeluarkan.
III. Khairul telah terlibat dalam lapang bola sepak sejak kecil lagi.
IV. Fikirannya lapang setelah masalah yang dihadapinya telah selesai.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
Makna perkataan lapang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:-
lapang I - 1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll)
2. terluang ( waktu dll), tidak sibuk, senggang
3. kawasan (yg luas), tapak(tempat) mendirikan atau mengadakan
sesuatu,berasa senang dan lega
lapang II - sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, daup-daup, dedaup,
Bauhinia comifolia.
Rasional jawapan :
22. I. Buah ciku yang masih muda itu rasanya kesat.
II. Ayah sedang melicinkan permukaan kayu yang kesat itu.
III. Air yang tertumpah itu telah saya kesat menggunakan kain.
IV. Ikram ditegur oleh bapanya kerana menggunakan bahasa yang kesat.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
Cuba jawab soalan di atas. Apakah jawapan anda? Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen. Terima kasih.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21. I. Jangan bermain di kawasan lapang ketika hujan lebat.
II. Biliknya menjadi lapang setelah almari besar itu dikeluarkan.
III. Khairul telah terlibat dalam lapang bola sepak sejak kecil lagi.
IV. Fikirannya lapang setelah masalah yang dihadapinya telah selesai.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
Makna perkataan lapang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:-
lapang I - 1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll)
2. terluang ( waktu dll), tidak sibuk, senggang
3. kawasan (yg luas), tapak(tempat) mendirikan atau mengadakan
sesuatu,berasa senang dan lega
lapang II - sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, daup-daup, dedaup,
Bauhinia comifolia.
Rasional jawapan :
- Pilihan ayat I adalah betul penggunaan perkataan lapang yang membawa maksud luas.
- Pilihan ayat II juga menepati makna lapang yang membawa maksud tidak sempit dan luas.
- Pilihan ayat III tidak menepati makna lapang kerana perkataan lapang di situ perlu digantikan dengan perkataan lapangan yang membawa maksud bidang (pengetahuan,kegiatan,pekerjaan dll)
- Pilihan ayat IV adalah menepati makna perkataan lapang iaitu berasa senang dan lega.
22. I. Buah ciku yang masih muda itu rasanya kesat.
II. Ayah sedang melicinkan permukaan kayu yang kesat itu.
III. Air yang tertumpah itu telah saya kesat menggunakan kain.
IV. Ikram ditegur oleh bapanya kerana menggunakan bahasa yang kesat.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
Cuba jawab soalan di atas. Apakah jawapan anda? Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen. Terima kasih.
Jumaat, 19 Oktober 2012
Persediaan untuk PKSR2 29 Oktober 2012.
Latihan membina 5 ayat berdasarkan gambar untuk kelas 5 Bestari. Buku teks Bahasa Melayu Tahun 5, halaman 196.
Rabu, 17 Oktober 2012
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga saya mencipta blog milik saya. InsyaAllah, akan saya usahakan bahan-bahan menarik untuk dipaparkan buat tatapan semua. Serangkap pantun yang sempat saya karang sebentar tadi..
Indah pandangan di Kuala Gula,
Singgahan burung pelbagai rupa,
Blog bahasa perluku mula,
Berikan komen jangan dilupa.
Indah pandangan di Kuala Gula,
Singgahan burung pelbagai rupa,
Blog bahasa perluku mula,
Berikan komen jangan dilupa.
Langgan:
Catatan (Atom)